"Aurat Wanita Islam terhadap Bukan Islam..ada ke??"

Salam..mengenai hal aurat ni banyak di abaikan oleh sebahagian pelajar2 ipt di negara kita..ketahuilah wahai sahabat2 aurat adalah satu perkare yang sangt besar yang sangat2 perlu kita ambil ihtimam(perhatian)..sbab itulah ramai umat nabi akhir zaman ini masuk neraka disebabkan tak menjaga aurat..

Aurat bermaksud bahagian tubuh yang tidak patut diperlihatkan kepada orang lain. Wanita wajib menjaga diri jangan sampai memperlihatkan auratnya kepada sesiapapun yang tidak diizinkan melihatnya. Begitu juga halnya lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan wanita tidak boleh melihat aurat sesama wanita. Daripada Abu Said al Khudri Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jangan hendaknya lelaki melihat aurat lelaki lain, dan wanita melihat aurat wanita lain. Dan jangan lelaki tidur satu selimut dengan lelaki lain dan wanita satu selimut dengan wanita lain..." (HR Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Hadis diatas menjelaskan tentang aurat wanita sesama wanita muslimah dilarang melihatnya, apakah lagi dengan wanita kafir jelas dilarang dan berdosa jika wanita muslimah menunjukkan auratnya, kerana dikhuatirkan menimbulkan fitnah yang besar terhadap orang Islam. Begitu juga dilarang wanita muslimah tinggal serumah dengan wanita bukan Islam kerana dapat menimbulkan fitnah dan bahaya yang sangat besar terhadap jiwa dan agama kaum muslimah.
Rasulullah juga ada menjelaskan tentang bagaimana kehancuran orang-orang bani Israel disebabkan oleh pergaulan mereka dengan orang-orang kafir dan mengikuti cara kehidupan mereka. Oleh sebab itu hindarilah perbuatan tinggal serumah dengan orang yang bukan Islam kerana ia mengganggu akidah dan ibadah kita.

"hanya Allah lebih mengetahui.."

Friday 4 September 2009

"Tawassul satu benda yang syirik..??"

Salam kembali..
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"

Menurut Ibnu Taimiyah, ulama muslim telah sepakat mengertikan istilah tawassul itu dengan dua pengertian. PERTAMA: yang merupakan dasar iman dan Islam, iaitu tawassul melalui iman kepada Rasulullah SAW dan taat kepadanya. KEDUA: adalah doa dan syafaat baginda. Kedua makna ini telah disepakati kaum muslimin, jadi tawassul dengan percaya dan taat kepada Rasulullah adalah dasar agama.

Memohon kepada Allah dengan selain Dia ada dua. PERTAMA: bersumpah kepada-Nya dengan nama makhluk, KEDUA: memohon dengan suatu sebab, seperti ketiga orang di dalam gua yang bertawassul dengan amal-amal mereka, seperti juga bertawassul dengan doa Nabi dan orang-orang saleh. Bersumpah terhadap Allah dengan selain nama-Nya adalah tidak boleh. Sedangkan memohon dengan suatu sebab yang menjadikan terkabulnya permintaan seperti memohon dengan amal yang mengandungi ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, memohon dengan keimanan dan rasa cinta kepada Rasul dibolehkan oleh agama.

Permintaan melalui zat peribadi para nabi dan orang soleh adalah tidak masyru' atau tidak diajarkan oleh agama. Para ulama melarang yang demikian. Lain halnya dengan permohonan melalui sebab terkabulnya permohonan itu, seperti permohonan kepada Allah melalui doa orang soleh dan amal-amal soleh. Permohonan semacam ini dibolehkan, sebab doa orang-orang soleh menyebabkan adanya pahala Allah bagi kita. Bertawassul melalui doa mereka dan amal-amal kita itulah ertinya mencari wasilah.

Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan carilah jalan (wasilah) yang boleh menyampaikan kamu kepada-Nya". (Al Maidah ayat 35)

"hanya Allah tempat kembali yang lebih mengetahui.."

Berjimak sewaktu azan subuh time bulan puasa??

salam ramadhan buat nurhuda..insyallah ana akn cuba jawab soaln kamu tu..
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Allah lebih mengetahui...
n hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Allah lebih mengetahui...

Wednesday 2 September 2009

 
.::hukum hakam al-azhar::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger