"Aurat Wanita Islam terhadap Bukan Islam..ada ke??"

Salam..mengenai hal aurat ni banyak di abaikan oleh sebahagian pelajar2 ipt di negara kita..ketahuilah wahai sahabat2 aurat adalah satu perkare yang sangt besar yang sangat2 perlu kita ambil ihtimam(perhatian)..sbab itulah ramai umat nabi akhir zaman ini masuk neraka disebabkan tak menjaga aurat..

Aurat bermaksud bahagian tubuh yang tidak patut diperlihatkan kepada orang lain. Wanita wajib menjaga diri jangan sampai memperlihatkan auratnya kepada sesiapapun yang tidak diizinkan melihatnya. Begitu juga halnya lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan wanita tidak boleh melihat aurat sesama wanita. Daripada Abu Said al Khudri Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Jangan hendaknya lelaki melihat aurat lelaki lain, dan wanita melihat aurat wanita lain. Dan jangan lelaki tidur satu selimut dengan lelaki lain dan wanita satu selimut dengan wanita lain..." (HR Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Hadis diatas menjelaskan tentang aurat wanita sesama wanita muslimah dilarang melihatnya, apakah lagi dengan wanita kafir jelas dilarang dan berdosa jika wanita muslimah menunjukkan auratnya, kerana dikhuatirkan menimbulkan fitnah yang besar terhadap orang Islam. Begitu juga dilarang wanita muslimah tinggal serumah dengan wanita bukan Islam kerana dapat menimbulkan fitnah dan bahaya yang sangat besar terhadap jiwa dan agama kaum muslimah.
Rasulullah juga ada menjelaskan tentang bagaimana kehancuran orang-orang bani Israel disebabkan oleh pergaulan mereka dengan orang-orang kafir dan mengikuti cara kehidupan mereka. Oleh sebab itu hindarilah perbuatan tinggal serumah dengan orang yang bukan Islam kerana ia mengganggu akidah dan ibadah kita.

"hanya Allah lebih mengetahui.."

Friday 4 September 2009

"Tawassul satu benda yang syirik..??"

Salam kembali..
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani"

Menurut Ibnu Taimiyah, ulama muslim telah sepakat mengertikan istilah tawassul itu dengan dua pengertian. PERTAMA: yang merupakan dasar iman dan Islam, iaitu tawassul melalui iman kepada Rasulullah SAW dan taat kepadanya. KEDUA: adalah doa dan syafaat baginda. Kedua makna ini telah disepakati kaum muslimin, jadi tawassul dengan percaya dan taat kepada Rasulullah adalah dasar agama.

Memohon kepada Allah dengan selain Dia ada dua. PERTAMA: bersumpah kepada-Nya dengan nama makhluk, KEDUA: memohon dengan suatu sebab, seperti ketiga orang di dalam gua yang bertawassul dengan amal-amal mereka, seperti juga bertawassul dengan doa Nabi dan orang-orang saleh. Bersumpah terhadap Allah dengan selain nama-Nya adalah tidak boleh. Sedangkan memohon dengan suatu sebab yang menjadikan terkabulnya permintaan seperti memohon dengan amal yang mengandungi ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya, memohon dengan keimanan dan rasa cinta kepada Rasul dibolehkan oleh agama.

Permintaan melalui zat peribadi para nabi dan orang soleh adalah tidak masyru' atau tidak diajarkan oleh agama. Para ulama melarang yang demikian. Lain halnya dengan permohonan melalui sebab terkabulnya permohonan itu, seperti permohonan kepada Allah melalui doa orang soleh dan amal-amal soleh. Permohonan semacam ini dibolehkan, sebab doa orang-orang soleh menyebabkan adanya pahala Allah bagi kita. Bertawassul melalui doa mereka dan amal-amal kita itulah ertinya mencari wasilah.

Allah SWT berfirman: "Hai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah dan carilah jalan (wasilah) yang boleh menyampaikan kamu kepada-Nya". (Al Maidah ayat 35)

"hanya Allah tempat kembali yang lebih mengetahui.."

Berjimak sewaktu azan subuh time bulan puasa??

salam ramadhan buat nurhuda..insyallah ana akn cuba jawab soaln kamu tu..
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajarpun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Allah lebih mengetahui...
n hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Allah lebih mengetahui...

Wednesday 2 September 2009

"bagaimanakah keadaan seseorang itu jika tidak berpegang pade sesuatu mazhab..?"

salam..saya tengah demamMySpacetapi saya akn terus menjawab semampunya yer..hehehe

haa pertama dan selamanya mari kita panjatkan kesyukuran kepada Allah yag memilik ilmu yang tidak terbatas..dan selawat buat nabi Muhammad s.a.w bersama pengikutnyer sampai ke hari kemudian.. am maba'
maaf kalau jawab dari saya agak tidak sampai maksud tapi saya akn kongsi sedikit sebayak dengn yg bertanya dan sahabat2..masalah kita pada hari ni.."bagaimanakah keadaan seseorang itu jika tidak berpegang pade sesuatu mazhab"..emm merupaka masalh yag sangat besar umat pada hari ini..maaf ana kata kan sebenarnyer golongan2 ini tidak paham feqah..usul feq..dan tidak dapat mentafsir sesuatu dalil dari quran dan sunnah tu dengan baik..
kita kene tahu bahawasanya kite ini golongan bukan mujtahid..malah kita ini hanyalah di taraf golongan muqalid..haa apa tu mujtahid dan apa itu mukalid..
mujtahid tu golongan yg mampu berijtihad sesuatu masalah hukum dan golongan muqalid macm kita ni..golongan yg mengambil guna pakai hukum2 yang di fatwakan dan di keluarkan oleh golongan mujtahid..
sbb kita ini tidak mampu dan tidak sampai lagi ke tahap mujtahid..dan bagaimana pula kita tidak mahu bermazhab sedangkan kita ini bukan orang yang layak untuk bermujtahid..
saya teringat kalam ustaz hairul nizam"pada zaman kita ni yang sudah bertaraf mujtahid sangat sikit antaranya Dr.yusuf qardawi dan syeh tantawi merupakan syeh Al-azhar menjadi rujukan dunia pada masa kini...
apa pun semua ini kembali kepada Allah..

Friday 10 April 2009

HUKUM"dosa umpat kekal jika tak diampun mangsa"

MENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnyaRasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, "mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah, "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini. Antaranya ialah:

Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.

Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

Perlu diingat bahawa ada umpatan tidak mendatangkan dosa bahkan menjadi harus seperti seMENGUMPAT ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnyaRasulullah menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya, bermaksud, "mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim).

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang yang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah, "Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaiban. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri kita daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat ini. Antaranya ialah:

Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.

Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.

Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.

Perlu diingat bahawa ada umpatan tidak mendatangkan dosa bahkan menjadi harus seperti seorang isteri yang mengadu kepada hakim untuk mendapatkan keadilan. Maka si isteri sudah tentu perlu menyatakan keburukan si suami untuk dipertimbangkan oleh hakim.

Begitu juga dengan umpatan yang dilakukan seseorang terhadap individu yang zalim.

Kisah hidup masyarakat dipaparkan melalui TV, filem dan cerpen dan novel, ia bukanlah umpatan kerana bersifat umum untuk membentuk naratif sebuah cerita.orang isteri yang mengadu kepada hakim untuk mendapatkan keadilan. Maka si isteri sudah tentu perlu menyatakan keburukan si suami untuk dipertimbangkan oleh hakim.

Begitu juga dengan umpatan yang dilakukan seseorang terhadap individu yang zalim.

Kisah hidup masyarakat dipaparkan melalui TV, filem dan cerpen dan novel, ia bukanlah umpatan kerana bersifat umum untuk membentuk naratif sebuah cerita.

Wednesday 25 February 2009

 
.::hukum hakam al-azhar::. - Wordpress Themes is proudly powered by WordPress and themed by Mukkamu Templates Novo Blogger