Salam..mengenai hal aurat ni banyak di abaikan oleh sebahagian pelajar2 ipt di negara kita..ketahuilah wahai sahabat2 aurat adalah satu perkare yang sangt besar yang sangat2 perlu kita ambil ihtimam(perhatian)..sbab itulah ramai umat nabi akhir zaman ini masuk neraka disebabkan tak menjaga aurat..
Aurat bermaksud bahagian tubuh yang tidak patut            diperlihatkan kepada orang lain. Wanita wajib menjaga diri jangan sampai            memperlihatkan auratnya kepada sesiapapun yang tidak diizinkan melihatnya.            Begitu juga halnya lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan wanita            tidak boleh melihat aurat sesama wanita. Daripada Abu Said al Khudri            Rasulullah SAW bersabda maksudnya:                         "Jangan hendaknya lelaki melihat aurat lelaki lain, dan wanita melihat              aurat wanita lain. Dan jangan lelaki tidur satu selimut dengan lelaki              lain dan wanita satu selimut dengan wanita lain..." (HR              Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) 
               Hadis diatas menjelaskan tentang aurat wanita          sesama wanita muslimah dilarang melihatnya, apakah lagi dengan wanita          kafir jelas dilarang dan berdosa jika wanita muslimah menunjukkan auratnya,          kerana dikhuatirkan menimbulkan fitnah yang besar terhadap orang Islam.          Begitu juga dilarang wanita muslimah tinggal serumah dengan wanita bukan          Islam kerana dapat menimbulkan fitnah dan bahaya yang sangat besar terhadap          jiwa dan agama kaum muslimah.          
    Rasulullah juga ada menjelaskan tentang bagaimana            kehancuran orang-orang bani Israel disebabkan oleh pergaulan mereka            dengan orang-orang kafir dan mengikuti cara kehidupan mereka. Oleh sebab            itu hindarilah perbuatan tinggal serumah dengan orang yang bukan Islam            kerana ia mengganggu akidah dan ibadah kita.
"hanya Allah lebih mengetahui.."
"Aurat Wanita Islam terhadap Bukan Islam..ada ke??"
Posted by qirana-fakhruddin at 05:18
0 Comments:
Post a Comment